Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
OREO, jenama biskut kesayangan ramai telah membuat satu lagi kolaborasi yang di luar jangkaan. Pelancaran terkini ini adalah kesinambungan legasi OREO dalam memberi makna kepada budaya kerjasama, terutamanya melalui kolaborasi berprofil tinggi yang telah banyak menawan hati para peminat di seluruh dunia.
Dengan karisma BABYMONSTER dan keenakan rasa OREO, kolaborasi OREO x BABYMONSTER kini sedia menakluki hati pencinta snek seluruh Malaysia.
#TwistLickDance
Pengguna di serata dunia memang tidak asing lagi dengan cara menikmati OREO iaitu Putar, Jilat, Celup. Namun kini, OREO telah membawa kelainan kepada gerakan ikonik ini dengan kolaborasi terbaharunya.
Buat julung kalinya, OREO x BABYMONSTER meneroka rentak baharu, menyuntik keriangan kepada gerakan klasiknya: Memperkenalkan #TwistLickDance.
“Kolaborasi ini meletakkan kami seiring dengan rentak budaya terkini. Dengan menggabungkan keriangan OREO dengan hiburan bertenaga daripada ikon generasi baharu K-pop, BABYMONSTER, kami sedang mencipta momen di mana muzik, gerak tari, dan keenakan rasa disatukan.
“Dengan BABYMONSTER, kami membayangkan trend ikonik OREO mencetus gema melalui revolusi #TwistLickDance bersama peminat generasi masa kini,” kata Lucas Levy, Pengarah Kanan Pemasaran, Asia Tenggara.
Rasa Baharu, Warna Ceria & Koleksi Pilihan Peminat
Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, OREO berpasangan dengan artis global untuk mencipta semula pengalaman menikmati biskut enak ini.
Diinspirasikan oleh trend pemanis mulut, OREO mempersembahkan biskut merah OREO BABYMONSTER dengan perisa Marshmallow Crème bagi meraikan identiti BABYMONSTER.
OREO juga melancarkan biskut edisi khas direka sendiri oleh anggota kumpulan BABYMONSTER.
Boleh didapati dalam perisa kegemaran seperti Vanila, Coklat, Strawberi dan juga edisi terhad Marshmallow, MONSTIEZ boleh mendapatkan foto kad dengan pembelian OREO x BABYMONSTER multipek.
Kumpul kesemua 7 untuk melengkapkan set, sekali gus mengukuhkan tempat sebagai peminat utama BABYMONSTER.
Pelbagai Aktiviti Menarik Disediakan
Di Malaysia, para peminat juga boleh menyertai dua peraduan istimewa berikut:
- Peraduan Beli, Selfie & Menang (1 Oktober – 31 Disember): Beli pek OREO x BABYMONSTER dan muat naik resit atau hantarkan selfie anda bersama Biskut OREO X BM ke http://www.oreobm.com. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai BABYMONSTER merchandise seperti album bertandatangan, hoodie reversible, light stick, dan jersi rasmi
- Cabaran #TwistLickDance (13 Oktober – 31 Disember): Dapatkan pek OREO x BABYMONSTER dan pamerkan kehebatan tarian #TwistLickDance anda. Tag OREO dan gunakan hashtag #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai barangan rasmi BABYMONSTER!
[OREO] #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.